Entri Sedia Ada

get this widget here
Klik Tajuk atau Read Full untuk maklumat lanjut

Promosi - Keahlian Percuma Lagi!!!

Sunday 30 June 2013
Promosi ECPI:
Keahlian Percuma (tanpa kit) dengan pembelian minima 50BV!

Tempoh tawaran: 1Julai 2013 sehingga diberitahu!

Peluang anda besarkan rangkaian anda!

ECPI "Hidup Biar Berjasa"



Jadual produk dan BV:
Produk
Harga
ECPI Water
1.5litre
Lokasi Unit/RM Unit/BV Jumlah Produk Jumlah BV Jumlah/RM
Semenanjung 5.80 2.65 19 botol 50.35 110.20
Sabah/Sarawak 7.00 133.00
ECPI Water
500ml
Lokasi Unit/RM Unit/BV Jumlah Produk Jumlah BV Jumlah/RM
Semenanjung 57.60 22.00 3 kotak 66.00 172.80
Sabah/Sarawak 62.00 198.00
ECPI The
One Junior
Lokasi Unit/RM Unit/BV Jumlah Produk Jumlah BV Jumlah/RM
Semenanjung 40.90 21.00 3 botol 63.00
63.00
122.70
Sabah/Sarawak 43.90 131.70
ECPI IQ Max
Power
Lokasi Unit/RM Unit/BV Jumlah Produk Jumlah BV Jumlah/RM
Semenanjung 22.40 11.60 5 botol 58.00 112.00
Sabah/Sarawak 25.50 127.50
ECPI
Eye Care
Lokasi Unit/RM Unit/BV Jumlah Produk Jumlah BV Jumlah/RM
Semenanjung 12.70 6.60 8 botol 52.80 101.60
Sabah/Sarawak 13.90 111.20
ECPI GTH
200ML
Lokasi Unit/RM Unit/BV Jumlah Produk Jumlah BV Jumlah/RM
Semenanjung 97.00 50.00 1 botol 50.00 97.00
Sabah/Sarawak 105.00 105.00
ECPI GTH
100ML
Lokasi Unit/RM Unit/BV Jumlah Produk Jumlah BV Jumlah/RM
Semenanjung 53.00 25.00 2 botol 50.00 106.00
Sabah/Sarawak 64.00 128.00
ECPI
Foodmate
Lokasi Unit/RM Unit/BV Jumlah Produk Jumlah BV Jumlah/RM
Semenanjung 16.00 7.00 8 botol 56.00 104.00
Sabah/Sarawak 19.00 128.00
ECPI
Holistic Bath
Lokasi Unit/RM Unit/BV Jumlah Produk Jumlah BV Jumlah/RM
Semenanjung 22.40 11.60 5 botol 58.00 112.00
Sabah/Sarawak 22.50 127.50
ECPI Anggun
Pesona
Lokasi Unit/RM Unit/BV Jumlah Produk Jumlah BV Jumlah/RM
Semenanjung 67.00 35.00 2 botol 70.00 134.00
Sabah/Sarawak 72.00 144.00
ECPI Aura
Lokasi Unit/RM Unit/BV Jumlah Produk Jumlah BV Jumlah/RM
Semenanjung 40.00 22.00 3 botol 66.00 120.00
Sabah/Sarawak 42.00 126.00

  • Pembelian produk boleh dibuat dengan cara kombinasi produk tidak kurang daripada 50BV pada HARGA AHLI.
  • Permohonan dari Sabah/Sarawak: Sila rujuk harga produk untuk Sabah/Sarawak dengan mengklik imej produk yang terdapat di sebelah kanan laman ini.
 Pembelian produk atas talian untuk pendaftaran percuma boleh dilakukan kecuali Air ECPI. Sila ikuti langkah-langkah berikut:
  1. Isikan borang Pendaftaran Pelbagai dan pilih Permohonan Menjadi Ahli ECPI
  2. Nyatakan "Promosi ECPI: Keahlian Percuma" di ruangan Maklumat Pembayaran.
  3. Nyatakan sekali produk yang dipesan dan jumlahnya di ruangan Maklumat Pembayaran
  4. Muatnaik bukti pembayaran termasuk kos penghantaran produk BUKAN Air ECPI (RM5.00/Semenanjung atau RM15.00 Sabah/Sarawak)


Read Full

Berpantang Maut Sebelum Ajal

Monday 17 June 2013
Sering kita mendengar ungkapan seperti yang disebut di atas. Memang hebat malah menggerunkan apabila difikirkan balik selepas melontarkan kata-kata tersebut. Dan sememangnya bagi orang Islam yang percaya bahawa ajal seseorang itu terletak kepada kehendak Allah SWT maka kata-kata tersebut akan menjadi suntikan semangat untuk kita terus berjuang dan berusaha di dalam kehidupan ini.

Tetapi........

Apakah kita sanggup menanggung derita sebelum ajal datang menjemput? Apakah kita sanggup melihat orang-orang di sekeliling kita juga sama menderita untuk menjaga dan menguruskan ketika kita sudah tidak mampu untuk melakukannya sendiri?

Mengikut lapuran Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca panas yang mencecah 35° Celsius sedang kita alami sekarang akan berlanjutan sehingga bulan September 2013. (Rujuk Utusan Malaysia 9/6/2013)

Fuh! Panas tuuuuuu........

Tapi, masih ramai yang tidak mengambil berat masaalah kesihatan yang bakal menimpa. Ada yang masih berjalan macam itek pulang petang selepas makan di restoran walaupun ketika matahari tegak di kepala. Ada yang membiarkan anak-anak mereka bermain di bawah terik matahari. Ada juga yang sihat bersantai di pantai (macam orang barat menghitamkan kulit?)

Bagi mereka yang bekerja di lapangan memang sudah tidak dapat dielakan tetapi terdapat langkah-langkah keselamatan yang boleh dipraktikan.

Klik imej untuk kisah selanjutnya
Sebenar, masaalah Penyakit Berkaitan Cuaca Panas atau HRI (Heat Related Illness) ini membawa gejala yang sangat merbahaya dari kesan dinyahhidrat. Di antaranya ialah:
  1. Ruam panas
  2. Kelesuan/keletihan
  3. Kekeliruan
  4. Lemah otot/kejang
  5. Pitam/koma
  6. Mual/muntah
  7. Kerosakan ginjal
  8. Kerosakan jantung, dan 
  9. Kerosakan hati yang boleh membawa maut.

Berbalik kepada tajuk "Berpantang Maut Sebelum Ajal" di atas, apakah anda mahu menyerahkan kepada takdir tanpa berusaha? Bukankah maut menjemput ketika bersujud di sejadah lebih baik daripada di katil hospital? Sadis? Atau sememangnya kita dari golongan yang angkuh dengan kesihatan sedia ada atau terlalu menaruh harapan dengan perubatan moden apabila ditimpa bencana?

Oleh itu, sebelum kita mula terlantar dan menghabiskan wang ringgit dari titik peluh kita bekerja bertahun-tahun hanya untuk tujuan perubatan dan perawatan adalah lebih baik kita berusaha mencegahnya lebih awal.

Di antara langkah berjaga-jaga yang boleh dilakukan ialah:
  1. Kurangkan aktiviti luar/lapangan terutama di waktu tengahari.
  2. Menggunakan pelindung seperti topi atau payong ketika berjalan
  3. Gunakan krim pelindung cahaya matahari sekiranya anda terPAKSA berjemur
  4. Bagi yang bekerja di lapangan, gunakan sistem pusingan kerja yang sesuai (contoh: 1 jam di tengah panas dan 1 jam di bawah teduhan dan seterusnya)
  5. Kurangkan/elakkan makanan pedas yang boleh menaikkan suhu badan hingga menyebabkan anda kehilangan air oleh peluh
  6. Mandi dengan lebih kerap untuk menyerap panas dalam badan dan menjadi kulit sentiasa lembab.
  7. Minum air dengan lebih kerap terutama air yang mengandungi mineral untuk menggantikan kehilangannya disebabkan peluh.
Di ECPI dot MY kami mengesyorkan anda meminum 2/3 botol 1.5liter air ECPI sehari dan GTH (mengikut sukatan) Sila rujuk keterangan produk tersebut dengan mengklik imej produk yang terdapat di sebelah kanan paparan ini untuk mengetahui khasiat produk-produk ini.

Read Full

Sakit Pinggang Kerana Dompet

Tuesday 4 June 2013
Ramai di antara kita memandang remeh dengan kebiasaan yang mungkin memberi akibat jangka panjang yang menakutkan. Salah satu daripadanya ialah DOMPET. Kalau dahulu membawa sepuloh keping wang RM10.00 sudah mampu menjamin keyakinan untuk keluar berpacaran tetapi kini tidak lagi. Not RM50.00, RM20.00, RM10.00 malahan not RM5.00 dan RM1.00 juga diperlukan sebagai persediaan tukaran kecil.

Satu ketika dahulu dompet bukanlah sesuatu yang berisiko kerana isinya tidak seperti sekarang. Yang ada dalam dompet ketika itu hanyalah sekeping Kad Pengenalan, Lesen dan Duit. Tetapi zaman berubah dan isi dompet juga berubah. Pertambahan beberapa item menambahkan lagi beban dompet seperti Kad Keahlian, Kad ATM, Kad Discount, Kad Kesetiaan, Kad Kredit, Kad Perniagaan dan macam-macam lagi yang menyemakkan dompet.

Tahukah anda menyelitkan dompet ke dalam poket belakang mendatangkan risiko. Bukan setakat mudah penyelok saku untuk menjalankan usahanya  atau risiko kusyen kerusi atau kereta akan cepat koyak tetapi risiko kesihatan jangka panjang?

Apabila kita meletakkan sesuatu di poket belakang akan menyebabkan kedudukan kita ketika duduk menjadi tidak seimbang. Peluang bonjol yang dihasilakan oleh dompet menekan urat-urat yang ada dipunggung boleh mengganggung peredaran darah di situ. Di sampaing itu kita juga akan berusaha memberikan bebanan lebih kepada punggung yang satu lagi untuk mengelakan rasa sakit di punggung yang menekan dompet tersebut. Dengan cara ini kita akan membiarkan tulang punggung dan tulang belakang berada di dalam keadaan bengkok berpanjangan.

Kesan jangka panjang seperti sakit pinggang, sakit tulang belakang dan sakit kaki perlu dipandang serius. Sakit seperti ini boleh melarat dan boleh memberi kesan kepada buah pinggang, jantung dan tekanan darah.

Mengambil terlalu kerap pil penahan sakit juga akan mendatangkan kesan. Pengambilan ini boleh dikurangkan sekiranya lebih banyak rasa sakit dapat dihindarkan.

Sekarang, bukan dompet sahaja yang disimpan dipoket belakang. Ada juga di kalangan remaja terutama perempuan meletakkan benda-benda lain di poket belakang seperti telefon bimbit dan beg kunci. Ini bukanlah amalan yang disyorkan.

Sebaik-baiknya poket belakang hendaklah dibiarkan kosong atau sebaiknya pilihlah seluar yang tidak mempunyai poket belakang. Jahitan poket yang berlapis dan tebal juga boleh memberikan kesan. Kedudukan punggung ketika duduk hendaklah rata dan selesa.

Terdapat berberapa cadangan yang boleh digunakan untuk mengelakkan kejadian ini dari terus membelenggu kesihatan anda. Mengalihkan penyimpanan dompet atau barang-barang lain ke poket depan boleh dilakukan.

Sekiranya anda seorang yang suka membawa bermacam-macam barang, beg pinggang juga adalah pilihan yang praktikal. Pemakaian beg pinggang atau beg sandang untuk lelaki telah menjadi trend di zaman ini dan ianya bukan sesuatu yang memalukan.

Bagi mereka yang suka berpakaian santai atau rugged, poket sisi adalah sangat sesuai. Begitu juga dengan pemakaian jaket berpoket di sebelah dalam. Kedua-duanya mampu membuat anda merasa lebih selamat di samping dapat memelihara ketahanan dompet Alan Delon anda.

Jadi, berubahlah sekarang dengan lebih bergaya.
Read Full

Ubat Perangsang - Mengapa Perlu Ambil Risiko?

Monday 3 June 2013
Kita sering melihat iklan produk-produk merangsang di mana-mana. Di tepi jalan, di akhbar, di internet malahan yang dikempenkan dari mulut ke mulut. Iklan-iklan seperti ini semakin mendapat tempat malahan produknya juga berkembang dengan pelbagai jenama. Ini menunjukkan permintaan semakin bertambah dan penggunaannya semakin meluas. Tetapi ramai juga yang tertipu dengan produk-produk tiruan. Malahan banyak bahaya dari kebaikannya.

(Sila baca di SINI dan di SINI atau goggle sahaja "Bahana Ubat Kuat" dan anda akan melihat senarai yang menggerunkan)

Oleh itu, mengapa perlu ambil risiko?

Allah SWT telah menjadikan kita  sempurna sejak dari kelahiran. Masaalah yang timbul sebenarnya dari cara pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat atau teratur. Malaysia pula merupakan negara mewah dengan pelbagai jenis makanan yang sukar untuk dinafikan. Obesiti menjadi satu trend kehidupan walaupun tidak diundang. Semua ini menyebabkan ramai di antara kita yang mencari alternatif untuk sesuatu keperluan. Ironiknya, apabila alternatif ini mendatangkan kesan sampingan kos perubatannya pula melambung tinggi.

Bayangkan kita terpaksa membayar beribu-ribu ringgit untuk khidmat pakar hanya untuk memberitahu kita apa yang perlu dimakan dan perlu dihindari?

Produk ECPI memberikan kita jalan keluar yang mudah. Dengan Air ECPI dan ECPI GTH yang merupakan pakej makanan lengkap dapat membantu kita untuk mengimbangi apa yang tidak kita perolehi dalam makanan kegemaran. Dan apabila badan kita sihat maka segalanya akan menjadi lancar termasuk masaalah seks. Dapatkan khidmat nasihat PERCUMA daripada pengedar-pengedar ECPI berhampiran anda.

Oleh itu, mengapa perlu ambil risiko?

Read Full
Jadual PD2C
Untuk melihat kedudukan downline anda, sila ke Lamanweb Utama ECPI dot My. Masukan nombor ID anda dalam ruangan "Search" di sudut atas sebelah kanan tersebut.


Counter

Komen Terbaru Pengunjung

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Total Pageviews

© 3 Columns Newspaper Copyright by ECPI dot MY | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks