"Ikhlaslah berapa nak bagi. Saya buat kerana Allah. Salawat dan yakinlah kepada Allah SWT."
Semakin lama semakin hilang dialog-dialog di atas. Beberapa faktor mungkin mempengaruhi kepada kepupusan perubatan tradisional seperti:
- Ramai yang lebih percaya kepada perubatan moden.
- Pengamal perubatan seperti ini kurang diberikan pendedahan atau sememangnya tidak mahu didedahkan.
- Bomoh temberang pun semakin ramai.
- Apakah produk-produk tersebut datang dari sumber yang sahih?
- Apakah produk-produk tersebut lebih label dari isinya?
- Siapakah si Tukang Jampi yang diwar-warkan dan apakah dia seoarang yang bertauliah?
- Di mana produk-produk tersebut dikilangkan samada dikilang orang Islam atau dikontrakkan sahaja kepada kilang-kilang sedia ada?
- Bagaimanakah penjagaan dan pengendalian produk-produk tersebut termasuk semasa dikilangkan, distor dan semasa pengedaran?
- Apakah produk-produk tersebut yang telah dibungkus dalam kotak tidak dilangkah oleh petugas-petugas?
- Apakah petugas-petugas tidak duduk di atasnya?
- dan banyak lagi persoalan yang timbul.
- membaca salawat setiap kali minum.
- menumpang air tersebut di majlis-majlis bacaan Yassin
- menumpang air tersebut di majlis-majlis doa selamat
- menumpang air tersebut di majlis-majlis bacaan Al-Quran
Dan sekarang, menteri PDNKK sendiri telah mula mempersoalkan. JAKIM pula telah mengeluarkan nasihat. Maka berhati-hatilah.
Kalau tak mahu menggunakan produk ECPI pun aku tak kecil hati tetapi gunakanlah produk-produk yang sahih.
- Air yang disuling itu sahih.
- Air yang dirawat itu sahih.
- Air dari sumber semulajadi juga sahih kerana mendapat kelulusan kementerian.
Jangan kerana malu ke majlis ilmu dan yang sewaktu dengannya, anda terima sahaja apa yang disogokkan oleh pasaran!