Entri Sedia Ada

get this widget here
Klik Tajuk atau Read Full untuk maklumat lanjut

Artikel: Air Jampi?

Thursday 21 February 2013
"Berapa hadiahnya, Pak Cik?" atau "Berapa pengerasnya, tok bomoh?" adalah di antara dialog-dialog yang sering kita dengar apabila pergi ke pengamal perubatan alternatif seperti perubatan tradisional. Dan kebanyakan jawapan yang akan kita dengar seperti ini:

"Ikhlaslah berapa nak bagi. Saya buat kerana Allah. Salawat dan yakinlah kepada Allah SWT."

Semakin lama semakin hilang dialog-dialog di atas. Beberapa faktor mungkin mempengaruhi kepada kepupusan perubatan tradisional seperti:
  1. Ramai yang lebih percaya kepada perubatan moden.
  2. Pengamal perubatan seperti ini kurang diberikan pendedahan atau sememangnya tidak mahu didedahkan.
  3. Bomoh temberang pun semakin ramai.
Aku bukanlah anti kepada perubatan seumpama ini. Sejak dari kecil aku dihidangkan dengan kehidupan seperti itu kerana arwah abah pun dulu bomoh juga. Apabila dewasa, ramai yang menganggap aku telah mewarisi ilmu-ilmu beliau walaupun aku hanya belajar satu dua serapah jampi (selalu aku panggil Serapah Beruk) tetapi bila melihat semakin banyak produk-produk sedemikian dikomersialkan, semakin aku jadi ragu dan sangsi dan menimbulkan banyak persoalan

  1. Apakah produk-produk tersebut datang dari sumber yang sahih?
  2. Apakah produk-produk tersebut lebih label dari isinya?
  3. Siapakah si Tukang Jampi yang diwar-warkan dan apakah dia seoarang yang bertauliah?
  4. Di mana produk-produk tersebut dikilangkan samada dikilang orang Islam atau dikontrakkan sahaja kepada kilang-kilang sedia ada?
  5. Bagaimanakah penjagaan dan pengendalian produk-produk tersebut termasuk semasa dikilangkan, distor dan semasa pengedaran?
  6. Apakah produk-produk tersebut yang telah dibungkus dalam kotak tidak dilangkah oleh petugas-petugas?
  7. Apakah petugas-petugas tidak duduk di atasnya?
  8. dan banyak lagi persoalan yang timbul.
Dalam proses pengedaran Air ECPI, aku sering berpesan kepada pengguna untuk
  1. membaca salawat setiap kali minum. 
  2. menumpang air tersebut di majlis-majlis bacaan Yassin
  3. menumpang air tersebut di majlis-majlis doa selamat
  4. menumpang air tersebut di majlis-majlis bacaan Al-Quran
DENGAN SYARAT, buka penutup botol setiap kali anda menumpangkan air tersebut kerana sememangnya salah satu dari sifat air adalah MERAKAM!

Dan sekarang, menteri PDNKK sendiri telah mula mempersoalkan. JAKIM pula telah mengeluarkan nasihat. Maka berhati-hatilah.

Kalau tak mahu menggunakan produk ECPI pun aku tak kecil hati tetapi gunakanlah produk-produk yang sahih.
  • Air yang disuling itu sahih. 
  • Air yang dirawat itu sahih. 
  • Air dari sumber semulajadi juga sahih kerana mendapat kelulusan kementerian.
Sebab itu setiap air kosong yang dibotolkan mempunyai warna tutup yang berlainan mengikut kriteria yang ditentukan oleh kementerian. Belilah air-air tersebut dan bawalah ke tempat-tempat yang aku sebutkan di atas tadi untuk menumpang bacaannya. Dan, kalau ingin bersedekah, bersedekah terus kepada ketua bacaan atau surau/masjid yang menganjurkan bacaan tersebut. Bila badan semakin sihat, bersedekah pula di rumah anak-anak yatim. Lebih kurang macam acara PUTUS UBAT bila berbomoh jugalah, kan? hehehe

Jangan kerana malu ke majlis ilmu dan yang sewaktu dengannya, anda terima sahaja apa yang disogokkan oleh pasaran!


Read Full

Tawaran Percuma Kursus QHA

Saturday 16 February 2013
Kursus Diagnosis menggunakan Quantum Health Analyzer.


Read Full

Promosi - Mesin Quantum Magnetic Analysis

Sunday 3 February 2013

Tawaran terhad hanya untuk 20 unit sahaja:

Read Full
Jadual PD2C
Untuk melihat kedudukan downline anda, sila ke Lamanweb Utama ECPI dot My. Masukan nombor ID anda dalam ruangan "Search" di sudut atas sebelah kanan tersebut.


Counter

Komen Terbaru Pengunjung

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Total Pageviews

Image Slider

© 3 Columns Newspaper Copyright by ECPI dot MY | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks