Klik Tajuk atau Read Full untuk maklumat lanjut

Tuesday 4 June 2013

Sakit Pinggang Kerana Dompet

Ramai di antara kita memandang remeh dengan kebiasaan yang mungkin memberi akibat jangka panjang yang menakutkan. Salah satu daripadanya ialah DOMPET. Kalau dahulu membawa sepuloh keping wang RM10.00 sudah mampu menjamin keyakinan untuk keluar berpacaran tetapi kini tidak lagi. Not RM50.00, RM20.00, RM10.00 malahan not RM5.00 dan RM1.00 juga diperlukan sebagai persediaan tukaran kecil.

Satu ketika dahulu dompet bukanlah sesuatu yang berisiko kerana isinya tidak seperti sekarang. Yang ada dalam dompet ketika itu hanyalah sekeping Kad Pengenalan, Lesen dan Duit. Tetapi zaman berubah dan isi dompet juga berubah. Pertambahan beberapa item menambahkan lagi beban dompet seperti Kad Keahlian, Kad ATM, Kad Discount, Kad Kesetiaan, Kad Kredit, Kad Perniagaan dan macam-macam lagi yang menyemakkan dompet.

Tahukah anda menyelitkan dompet ke dalam poket belakang mendatangkan risiko. Bukan setakat mudah penyelok saku untuk menjalankan usahanya  atau risiko kusyen kerusi atau kereta akan cepat koyak tetapi risiko kesihatan jangka panjang?

Apabila kita meletakkan sesuatu di poket belakang akan menyebabkan kedudukan kita ketika duduk menjadi tidak seimbang. Peluang bonjol yang dihasilakan oleh dompet menekan urat-urat yang ada dipunggung boleh mengganggung peredaran darah di situ. Di sampaing itu kita juga akan berusaha memberikan bebanan lebih kepada punggung yang satu lagi untuk mengelakan rasa sakit di punggung yang menekan dompet tersebut. Dengan cara ini kita akan membiarkan tulang punggung dan tulang belakang berada di dalam keadaan bengkok berpanjangan.

Kesan jangka panjang seperti sakit pinggang, sakit tulang belakang dan sakit kaki perlu dipandang serius. Sakit seperti ini boleh melarat dan boleh memberi kesan kepada buah pinggang, jantung dan tekanan darah.

Mengambil terlalu kerap pil penahan sakit juga akan mendatangkan kesan. Pengambilan ini boleh dikurangkan sekiranya lebih banyak rasa sakit dapat dihindarkan.

Sekarang, bukan dompet sahaja yang disimpan dipoket belakang. Ada juga di kalangan remaja terutama perempuan meletakkan benda-benda lain di poket belakang seperti telefon bimbit dan beg kunci. Ini bukanlah amalan yang disyorkan.

Sebaik-baiknya poket belakang hendaklah dibiarkan kosong atau sebaiknya pilihlah seluar yang tidak mempunyai poket belakang. Jahitan poket yang berlapis dan tebal juga boleh memberikan kesan. Kedudukan punggung ketika duduk hendaklah rata dan selesa.

Terdapat berberapa cadangan yang boleh digunakan untuk mengelakkan kejadian ini dari terus membelenggu kesihatan anda. Mengalihkan penyimpanan dompet atau barang-barang lain ke poket depan boleh dilakukan.

Sekiranya anda seorang yang suka membawa bermacam-macam barang, beg pinggang juga adalah pilihan yang praktikal. Pemakaian beg pinggang atau beg sandang untuk lelaki telah menjadi trend di zaman ini dan ianya bukan sesuatu yang memalukan.

Bagi mereka yang suka berpakaian santai atau rugged, poket sisi adalah sangat sesuai. Begitu juga dengan pemakaian jaket berpoket di sebelah dalam. Kedua-duanya mampu membuat anda merasa lebih selamat di samping dapat memelihara ketahanan dompet Alan Delon anda.

Jadi, berubahlah sekarang dengan lebih bergaya.
Jadual PD2C
Untuk melihat kedudukan downline anda, sila ke Lamanweb Utama ECPI dot My. Masukan nombor ID anda dalam ruangan "Search" di sudut atas sebelah kanan tersebut.


Counter

Komen Terbaru Pengunjung

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Total Pageviews

© 3 Columns Newspaper Copyright by ECPI dot MY | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks