Tetapi........
Apakah kita sanggup menanggung derita sebelum ajal datang menjemput? Apakah kita sanggup melihat orang-orang di sekeliling kita juga sama menderita untuk menjaga dan menguruskan ketika kita sudah tidak mampu untuk melakukannya sendiri?
Mengikut lapuran Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca panas yang mencecah 35° Celsius sedang kita alami sekarang akan berlanjutan sehingga bulan September 2013. (Rujuk Utusan Malaysia 9/6/2013)
Fuh! Panas tuuuuuu........
Tapi, masih ramai yang tidak mengambil berat masaalah kesihatan yang bakal menimpa. Ada yang masih berjalan macam itek pulang petang selepas makan di restoran walaupun ketika matahari tegak di kepala. Ada yang membiarkan anak-anak mereka bermain di bawah terik matahari. Ada juga yang sihat bersantai di pantai (macam orang barat menghitamkan kulit?)
Bagi mereka yang bekerja di lapangan memang sudah tidak dapat dielakan tetapi terdapat langkah-langkah keselamatan yang boleh dipraktikan.
Klik imej untuk kisah selanjutnya |
- Ruam panas
- Kelesuan/keletihan
- Kekeliruan
- Lemah otot/kejang
- Pitam/koma
- Mual/muntah
- Kerosakan ginjal
- Kerosakan jantung, dan
- Kerosakan hati yang boleh membawa maut.
Berbalik kepada tajuk "Berpantang Maut Sebelum Ajal" di atas, apakah anda mahu menyerahkan kepada takdir tanpa berusaha? Bukankah maut menjemput ketika bersujud di sejadah lebih baik daripada di katil hospital? Sadis? Atau sememangnya kita dari golongan yang angkuh dengan kesihatan sedia ada atau terlalu menaruh harapan dengan perubatan moden apabila ditimpa bencana?
Oleh itu, sebelum kita mula terlantar dan menghabiskan wang ringgit dari titik peluh kita bekerja bertahun-tahun hanya untuk tujuan perubatan dan perawatan adalah lebih baik kita berusaha mencegahnya lebih awal.
Di antara langkah berjaga-jaga yang boleh dilakukan ialah:
- Kurangkan aktiviti luar/lapangan terutama di waktu tengahari.
- Menggunakan pelindung seperti topi atau payong ketika berjalan
- Gunakan krim pelindung cahaya matahari sekiranya anda terPAKSA berjemur
- Bagi yang bekerja di lapangan, gunakan sistem pusingan kerja yang sesuai (contoh: 1 jam di tengah panas dan 1 jam di bawah teduhan dan seterusnya)
- Kurangkan/elakkan makanan pedas yang boleh menaikkan suhu badan hingga menyebabkan anda kehilangan air oleh peluh
- Mandi dengan lebih kerap untuk menyerap panas dalam badan dan menjadi kulit sentiasa lembab.
- Minum air dengan lebih kerap terutama air yang mengandungi mineral untuk menggantikan kehilangannya disebabkan peluh.