Klik Tajuk atau Read Full untuk maklumat lanjut

Thursday 31 January 2013

Artikel: Apa itu PD2C?

PD2C merujuk kepada Program Dapat Duit Cepat yang dilancarkan pada bulan December 2011. Ianya bukan program bonus yang baru untuk menggantikan program bonus sebelum ini tetapi ia adalah BONUS TAMBAHAN. Cuma agak mengelirukan, ianya bukan untuk lebihan pembelian produk tetapi merupakan Bonus Utama terhadap pembelian 100BV yang pertama dengan peratusan yang lebih tinggi.


Contoh:
Apabila anda membeli 38 unit Air ECPI 1.5 liter X 2.65BV, anda akan memperolehi 100.7 BV yang pertama. Ini bermakna 100BV anda akan dimasukkan ke dalam program PD2C sementara lebihan 0.7BV pula dimasukkan ke dalam program bonus asal yang kini dipanggil PD2B.

Berdasarkan bonus asal, anda sepatutnya memperolehi 5% dari BV pembelian anda. Ini bermakna anda sepatutnya menerima RM5.035. Selepas ditolak RM2.00 untuk belanja pengurusan penyata dan caruman Khariat Kematian, ada masih memperolehi RM3.035 sedangkan di bawah program PD2C anda akan kehilangan bonus tersebut kecuali baki 0.7BV X 5% = RM0.035. Rugi bukan? Tetapi, tunggu dulu! Jangan cepat melatah. Anda akan melihat keuntungan anda apabila anda mempunyai Dua Aras downline.


Program Asal PD2C
Anda 5% Tiada
Aras 1 5% 20%
Aras 2 5% 40%
Aras 3 5% Tiada
Aras 4 5% Tiada
Aras 5 5% Tiada


PD2C merupakan program terbaru yang dicipta untuk membantu anda mendapat pendapatan awal dari hasil usaha anda mencari downline. Singkatan kepada Program Dapat Duit Cepat, program  ini merupakan tambahan kepada program asal yang bermakna melalui pembelian/jualan yang sama dengan bonus yang jauh lebih menarik! Hebat bukan?
Ketika mula diperkenalkan pada December 2011, program ini mula dilaksanakan berdasarkan bonus untuk penjualan bulan Januari 2012 dengan tawaran satu pakej sahaja (Rujuk imej di sebelah. (Klik imej untuk mendapat paparan jelas). Tetapi, setelah tiga bulan dilancarkan ternyata terdapat kekeliruan di kalangan ahli. Ada di antara ahli yang menumpukan perhatian terhadap program PD2C tanpa memperdulikan program PD2B sementara yang lain melakukan sebaliknya. Ini menyebabkan berlaku lambat kenaikan pangkat dan kehilangan bonus yang lebih besar.

Oleh itu, bermula daripada bulan Jun 2012, pakej ini telah dimansuh dan digantikan dengan tiga (3) pakej berasingan yang mengalami penambahbaikan untuk memberi peluang ahli menjana lebih pendapatan.

Untuk melayakkan anda dan downline anda dimasukkan ke dalam program ini ialah pembelian 100BV setiap seorang ahli. Ini bermakna sekiranya anda atau downline anda membeli kurang daripada 100BV, anda hanya akan dimasukkan ke dalam Program Asal PD2B. Lebih hebat lagi, baki pembelian melebihi 100BV juga akan dimasukkan ke dalam program asal. Ini bermakna hanya 100BV sahaja dari jumlah pembelian ahli akan dimasukkan ke dalam program ini dan selebihnya TIDAK HILANG!
Contoh:
Jumlah Belian (BV) PD2C Program Asal
Aras 1 - Downline 1 100.70 100 0.70
Aras 1 - Downline 2 100.70 100 0.70
Aras 1 - Downline 3 100.70 100 0.70
Aras 1 - Downline 4 201.40 100 101.40
Aras 1 - Downline 5 0 0 0
Jumlah
400 103.5
Dan setiap pendapatan yang diperolehi di dalam program ini akan dipotong sebanyak RM50.00 yang ditukarnilai menjadi 65BV yang juga akan dimasukkan ke dalam program asal. Keliru? Teruskan membaca di dalam cara-cara ianya berfungsi di ruangan Tips & Strategi!

Pakej PD2C:
  1. Mempunyai 5 downline Aras 1
  2. Mempunyai 6 - > 9 downline Aras 1
  3. Mempunyai 10 dan lebih downline Aras 1
Jadual PD2C
Untuk melihat kedudukan downline anda, sila ke Lamanweb Utama ECPI dot My. Masukan nombor ID anda dalam ruangan "Search" di sudut atas sebelah kanan tersebut.


Counter

Komen Terbaru Pengunjung

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Total Pageviews

© 3 Columns Newspaper Copyright by ECPI dot MY | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks