Klik imej untuk paparan jelas->
Membaca pendedahan oleh Utusan Malaysia pada 26hb Januari 2013 yang dipetik dari ruangan Luar Negara menyebabkan saya merasakan semakin ngeri. Bayangkan sendiri sekiranya antibiotik yang selama ini diharapkan untuk menghalang kuman atau virus penyakit tidak lagi berfungsi seperti sepatutnya.
Penggunaan antibiotik begitu meluas dalam perubatan moden. Hampir setiap pesakit akan dibekalkan dengan antibiotik setiap kali mereka mendapatkan rawatan. Dan, sungguh menggemparkan apabila ada lapuran yang menyatakan bakteria/virus penyakit semakin menyesuaikan diri mereka malah mungkin menggunakan antibiotik itu sendiri sebagai bahan untuk menjadikan diri mereka kebal kepada ubat.
Penggunaan probiotik sangat kurang digunakan malahan produk-produk probiotik tidak mendapat pasaran yang meluas hanya kerana lebih ramai yang mempercayai keupayaan doktor untuk mengubati penyakit mereka. Sememangnya tugas seseorang doktor itu merawat dan menggunakan ubat-ubat yang telah diluluskan oleh badan-badan yang bertanggungjawab tetapi apakah pula tanggungjawab kita terhadap kesihatan diri kita sendiri? Mengapa perlu berjumpa doktor sekiranya kita mampu menjaga kesihatan?
Sekarang, terdapat lambakan produk-produk kesihatan yang boleh dipilih. Apa yang perlu anda lakukan ialah menggunakan produk yang bersesuaian dengan diri anda. Tidak semua produk-produk kesihatan itu baik dan sebaliknya. Mungkin produk tersebut tidak sesuai dengan diri anda tetapi sesuai dengan orang lain.
Produk ECPI dirumus khas untuk mencapai titik pertengahan di antara dua golongan tersebut di atas. Produk ini cuba membantu badan anda untuk mengaktifkan semula sistem pertahanan dalam diri (imun) yang telah sedia ada untuk melawan penyakit. Anda hanya perlu mengamalkan hidup yang sihat dan pemakanan yang sihat.
Mengapa cari penyakit hanya kerana anda punya wang untuk dirawat di hospital-hospital swasta dan diuruskan oleh pakar-pakar sedangkan anda boleh menikmati hidup ini tanpa perlu terlalu bergantung kepada perubatan?